LATAR BELAKANG :
Nama sebenarnya Datu Mat Salleh ialah Muhammad Salleh. Beliau dilahirkan di Inanam, Sabah dan berketurunan Bajau-Sulu. Berasal daripada suku Suluk Paitan. Isteri Mat Salleh bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga Sultan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan. Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaannya.
Kota Kampung Tibabar, Tambunan adalah salah sebuah kota utama pertahanan Mat Salleh yang kuat. Kota ini ialah benteng terakhir Mat Salleh dalam usahanya memimpin orang-orang Sabah menentang Inggeris.
KRONOLOGI PENENTANGAN :
Pertapakan dan perluasan kuasa Britich di negeri-negeri
Melayu tidak disenangi oleh masyarakat Melayu terutamanya di Perak, Negeri
Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Perasaan tidak puas hati
terhadap dasar pentadbiran British dalam bidang politik, ekonomi dan sosial
telah mewujudkan penentangan daripada masyarakat tempatan. Oleh itu,
dasar British yang dilaksanakan dalam Sabah dan Sarawak telah
menimbulkan penentangan daripada masyarakat tempatan.
Sabah dikuasai dan ditadbir oleh Syarikat Borneo Utara
Britich (SBUB). SBUB telah melaksanakan banyak pembaharuan di Sabah
sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan terutamanya
para pembesar kerana mereka hilang hak dan kedudukan. Pembesar-pembesar yang
tidak berpuas hati telah mengetuai penentangan terhadap SBUB di Sabah.
Penentangan telah dilakukan oleh Mat Salleh di Sabah. Beliau menjadi pembesar di hulu Sungai Sugut. Mat Salleh telah mengetuai beberapa gerakan untuk menentang pemerintahan SBUB di
Sabah disebabkan oleh :-
1. Tindakan SBUB yang mencabar kewibawaannya sebagai seorang pembesar.
2. Beliau tidak berpuas hati dengan pembaharuan-pembaharuan yang diperkenalkan oleh SBUB di Sabah
3. SBUB mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat.
4. SBUB menggunakan tenaga buruh dengan memberi upah yang sangat rendah.
5. SBUB mengambil alih hak memungut cukai mengakibatkan beliau kehilangan sumber pendapatan.

Mat Salleh telah memberi amaran kepada SBUB bahawa beliau
tidak suka pihak SBUB campur tangan dalam daerahnya tetapi tidak dipedulikan
oleh pihak SBUB. Malah, pihak syarikat SBUB telah menyerang dan membakar Inanam.
Oleh yang demikian, pada tahun 1897 Mat Salleh bersama pengikut-pengikutnya telah memusnahkan pusat pentadbiran British yang berpengkalan di Pulau Gaya. Ini mengakibatkan pihak SBUB telah bertindak menyerang balik dan memusnahkan Inanam. Tetapi Mat Salleh telah berjaya melarikan diri apabila kubu yang telah dibina oleh beliau di Ranau berjaya dimusnahkan oleh SBUB.
Disebabkan bimbang akan penentangan Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya, satu petemuan telah diadakan di Menggatal antara Mat Salleh dengan pengarah SBUB iaitu William Cowie. Di mana SBUB bersetuju mengampunkan beliau dan pengikut-pengikutnya dan dibenarkan menetap dan berkuasa di Tambunan. Tetapi pada tahun 1899, SBUB tidak menepati janji yang dibuat dan mengambil semula daerah Tambunan. Mat Salleh berasa sangat marah dan meneruskan penentangan terhadap SBUB. Maka berlakulah pertempuran sengit antara Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya dengan tentera SBUB. Dan pada tahun 1900, Mat Salleh telah terkorban dalam pertempuran dengan Syarikat Borneo Utara British.

- Nama sebenar beliau ialah Ontoros a/l Antanom. Dilahirkan pada tahun 1875. Beliau adalah Ketua orang murut di Rundum.
Penentang turut dilakukan oleh Antanom. Pada tahun 1915, SBUB menghadapi satu lagi penentangan daripada masyarakat tempatan iaitu Antanom. Kebangkitan kaum Murut untuk berjuang menentang
SBUB dikenali sebagai Kebangkitan Rundum. Ini kerana
penentangan berlaku di daerah Rundum yang terletak di Residensi Pedalaman. Di mana Orang
Murut bangkit menentang SBUB kerana mereka tidak berpuas hati dengan pentadbiran
syarikat tersebut. Sebelum pentadbiran SBUB, Orang Murut bebas mengusahakan
kawasan baru yang subur, tetapi apabila SBUB mentadbir, mereka tidak dibenarkan
menebas hutan rimba dan membuka tanah baru sesuka hati.
Ekoran daripada sekatan dan peraturan yang diperkenalkan oleh SBUB menyebabkan hasil pengeluaran padi huma merosot. Selain itu, SBUB mengenakan cukai terhadap beras dan ubi kayu yang menjadi makanan utama orang Murut. SBUB juga memaksa orang Murut membina jalan di kawasan pedalaman tanpa dibayar gaji. Orang Murut menganggap pembinaan jalan itu akan menimbulkan kemarahan roh nenek moyang mereka.
Pada tahun 1915, orang Murut di bawah pimpinan Antanom menyerang dan membakar Pensiangan serta Rundum. Walau bagaimanapun, bandar Rundum dapat diselamatkan oleh tentera SBUB. Antanom bersama 900 orang pengikutnya telah membina kubu di Sungai Selangit. Pihak SBUB telah menghantar tentera untuk menyerang kubu Antanom di Selangit. Dalam pertempuran itu, Antanom bersama 400 orang pengikutnya telah terkorban. Orang Murut yang terselamat dalam pertempuran tersebut telah berpindah beramai-ramai ke Kalimantan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan